Dear Dr. Chris,
Selamat sejahtera dan salam perkenalan.
Saya telah disahkan sebagai penghidap barah payudara baru-baru ini setelah membuat pemeriksaan di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Doktor yang merawat ingin menjalankan rawatan kemoterapi dan seterusnya surgeri untuk membuang sel2 barah tersebut.
Melalui pembacaan dan lain-lain saya mendapati rawatan kemoterapi dan surgeri lebih memudaratkan kerana memberi kesan sampingan yang teruk.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan Dr. Chris mengenai perkara tersebut di atas. Jika Dr. ada rawatan alternatif lain, saya ingin ke tempat Dr. untuk mendapatkan rawatan.
Untuk pengetahuan Dr., saya memakan banyak ubatan herba untuk rawatan penyakit ini tetapi kurang berkesan. Mungkin cara pemakanan ubatan herba tersebut tidak mengikut peraturan yang betul.
Saya rasakan barah payudara saya ini sudah mencapai tahap 3 dan saya sangat2 mengharapkan pertolongan dari Dr. untuk rawatan penyakit ini. Saya mendapat info mengenai Dr. dari internet dan telah membaca buku2 yang ditulis oleh Dr. Saya merasakan Dr. boleh menjadi penyelesai kepada masalah saya ini . Tolonglah Dr…….
Apakah yang perlu saya buat Dr.? Segala pandangan dan nasihat dari Dr. amatlah saya hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Saya menunggu jawapan segera dari Dr. Yang sangat2 mengharap & terdesak,
Jawapan: Payudara yang ada tumor itu harus di buang —– harus di operasi. Selepas itu datang jumpa saya dengan laporan doctor dan kita boleh bincang.
Ramai mengatakan bahawa rawatan kemoterapi ini sebenarnya untuk membunuh sel-sel kanser. Tapi dalam masa sama, sel sel yang baik juga turut dibunuh. Saya juga ada membaca di internet yang ramai pesakit kanser meninggal selepas mendapatkan rawatan kemoterapi.
Maaflah Dr. saya ingin bertanya mengenai perkara ini. Adakah saya perlu menjalani rawatan kemoterapi dahulu sebelum melalui surgeri? Sebenarnya saya sangat takut untuk menjalani kedua2 rawatan tersebut di atas……
Tolonglah Dr. jawab dengan segera
Jawapan: Ada banyak yang saya tulis … haruslah kamu baca nya di sini
http://www.cancercareindonesia.com/kisah-sukses-kebenaran-pahit
Salam sejahtera Dr,
Saya ingin mengucapkan berbanyak terimakasih di atas jawapan Dr. itu. Dari artikel2 yang Dr. tulis dan berikan itu, saya dapati kemo dan surgeri tidak memberi kesan yang baik kepada pesakit. Kalau begitu bolehtak jika saya berjumpa dengan Dr. bersama dengan laporan doktor untuk mendapatkan pengubatan pemakanan herba dari Dr.? Saya ingin jumpa dengan Dr. segera jika Dr. bersetuju dengan permintaan saya ini.
Terima kasih.
Jawapan: Baiklah buangkan payudara itu. Selepas itu datang jumpa saya dengan semua laporan medis.